Saturday, July 24, 2010

PENGHINAAN TERHADAP RASULULLAH S.A.W.

PENDAHULUAN

Kebiadaban musuh Islam pada hari ini semakin menjadi-jadi terutama dalam menghina keperibadian Rasulullah S.A.W. Golongan ini tidak lain dan tidak bukan hanya merupakan Barua kepada Yahudi dan Kuffar Jahiliah satu masa dahulu. Di zaman perutusan Nabi S.A.W telah diejek sedemikian rupa bahkan Nabi-nabi sebelum dari Nabi Muhammad S.A.W. lagi telah diperlakukan pelbagai perbuatan yang tidak senonoh dan menyakiti mereka. Firman Allah:

ولقد استهزئ برسل من قبلك فحاق بالذين سخروا منهم ما كانوا به يستهزءون .

(Al-An’am 10)

Maksudnya: dan demi sesungguhnya telah diperolok-olokkan beberapa Rasul sebelum darimu, lalu orang-orang yang mengehjek di antara mereka ditimpakan (balasan azab) bagi apa yang mereka telah perolok-olokkan itu.

Allah kemudiannya menimpakan kepada golongan ini azab yang pedih hasil penghinaan dan ejekan terhadap para utusan Allah. Sememangnya Allah sendiri akan menolong para utusannya dan akan member pembalasan yang setimpal kepada musuh-musuh mereka. Firman Allah:

إنا لننصر ررسلنا والذين ءامنوا في الحياة الدنيا ويوم يقوم الأشهاد.

(Ghafir 51)

Maksudnya: sesungguhnya kami telah membela serta mempertahankan Rasul-rasul kami dan orang-orang yang beriman dalam kehidupan dunia ini dan pada saat bangkitnya saksi-saksi (hari kiamat)

Di Zaman Perutusan

Penghinaan terhadap Rasulullah Sallallahu’ Alaihi Wasallam adalah salah satu dasar golongan yang memperjuangkan kebatikan. Sesungguhnya kebenaran dan kenatilan tidak akan berpadu selamanya. Islam datang sebagai pembawa rahmat, mengiktiraf semua nabi-nabi terdahulu serta membenarkan kitab-kitab yang diturunkan sebelum Al-Quran. Penentangan di zaman perutusan adalah lebih dasyhat kerana golongan kafir bertungkus lumus ingin menghapus riwayat hidup baginda Sallallahu’ Alaihi Wasallam di samping menghinanya dikhalayak ramai.

Pemimpin-pemimpin Musyirikin seperti Umar Bin Hasan (Abu Jahal), Umaiyyah Bin Khalaf, Uthbah BiN Rabiah, Abu Lahab, Abu Suffian Bin Harb telah melancarkan serangan peribadi dan penghinaan terhadap Nabi Sallallahu’ Alaihi Wasallam. Seorang pemuda upahan di Mekah iaitu Uqbah Bin Abi Muit telah meletakkan najis diatas kepala Nabi Sallallahu’ Alaihi Wasallam yang mulia ketika baginda sedang bersujud dalam sembahyang dan Uqbah telah mengulangi kebidapannya beberapa kali. Fatimah RA, puteri Nabi Sallallahu’ Alaihi Wasallam mengalir air mata kesedihan sambil membersihkan kepala nabi yang mulia. Uqbah juga telah menjerut leher Nabi dalam peristiwa hijrah, dukimpulkan pemuda-pemuda perkasa untuk membubnh baginda Sallallahu’ Alaii Wasallam.

Ketika di Thaif, Baginda dilontar dengan batu-bata. Pemuda-pemuda nakal telah dikerah dipintu masuk Bandar Thaif untuk membaling Nabi s.a.w. dan anak angkatnya Zaid Bin Harisath, darah panas mengalir pada jasad Nabi dan Zaid (yang bertindak melindungi nabi) halangan-halangan juga diadakan untuk menghalang Nabi masuk semula ke Mekah, namun Nabi mendapat penaungan daripada Mut’am Bin Adi, seorang pahlawan Mekah yang mempunyai ramai anak lelaki yang gagah berani.

Namun dalam banyak kejadian yang menyakiti dan menghina Nabi Sallallahu’ Alaihi Wasallam, datang nusrah (pertolongan) daripada Allah yang Maha Perkasa di dunia lagi sebagai pengajaran atas kebiadaban musuh Islam. Hal ini dapat kita lihat dalam nas-nas yang menyatakan bahawa pada satu ketika Abu Jahal ingin menyakiti Rasulullah Sallallahu’ Alaihi Wasallam akan tetapi tidak berjaya dengan pertolongan Allah Subhanahu Wa Ta’ala.

Di Zaman Moden

Penghinaan terhadap nabi S.A W. tidak pernah berhenti sebagaimana yang dirakam dalam sejarah, apatah lagi umat Islam yang kehilangan Khilafah dengan tumbangnya Khilafah Islam yang terakhir di Turki pada tahun 1924. Tumbangnya Khalifah bermakna umat Islam tidak mempunyai tempat pergamtungan dan penjaga kepada maslahat umat Islam. Pada tahun 1989 Salman Rushdie telah menghina Nabi S.A.W. melalui karya bajetnya ‘ The Satanic Verses”. Protes demi protes umat Islam tidak menngerunkan kuasa kuffar untuk terus menghina Nabi S.A.W., sebagaimana yang diungkapkan oleh Sheikh Hasan Nasrallah seorng ulama di Lubnan, jika sekiranya umat Islam melaksanakan fatwa Khomeini berkenaan dengan isu Salaman Rushdie ( hukuman bunuh) sudah tentu tidak ada yang berani lagi menghina Rasulullah S.A.W.

Kenyataan ini mempunyai kewajarannya kerana selepas tahun 1990, penghinaan terhadap Nabi berlaku berterusan malah semakin gentar lagi, contohnya selepas itu muncul pula Taslima Nasreen yang merupakan warganegara Bangladesh, sebuah Negara miskin di Sub-Continent. Karya wanita jalang ini diulang cetak di Negara Barat yang membolehkan beliau hidup disalut kekayaan dan diberi perlindungan di Negara Barat.

Di Negara Timur Tengah pula muncul seorang penulis keturunan Syiria iaitu Haidar Bin Haidar bermaustatin di Negara Mesir, beliau telah mengarang sebuah novel fiksyen dan memasukkan watak Nabi Sallallahu’ Alaihi Wasallam, Syaidatina Khadijah, Syaidatina Aisyah dalam Novel itu dan menghinanya . puluhan ribu mahasiswa Islam dan mahasiswi berdemontrasi di Mesir, menuntut kerajaan Mesir supaya mengharamkan novel itu dan menarik balik novel itu di pasaran. Bantahan aman mempertahankan Nabi Sallallahu’ Alaihi Wasallam telah disuraikan dengan gas pemedih mata dan ditembak dengan peluru getah dimana telah mengorbankan seorang mahasiswa Islam. Serikandi itu telah gugur syahid demi mempertahankan maruah Nabi Sallallahu’ Alaihi Wasallam.

Hukum mencela dan menghina Rasulullah

Imam Asy-Syaukani menukil pendapat para fukaha, Antaranya pendapat Imam Malik yang mengatakan bahawa orang kafir zimmi samalah seperti Yahudi, Nasrani dalam masalah menghina Rasulullah S.A.W. Mereka dikenakan hukuman mati, kecuali apabila mereka bertaubat dan masuk Islam. Adapun jika penghina seorang Muslim, maka hukuman bunuh dijalankan ke atas beliau tanpa diterima taubatnya sama sekali. Imam Asy-Syaukani menyatakan bahawa pendapat tersebut adalah sama dengan pendapat Imam Syafie dan Imam Ahmad Ibnu Hanbal.

Imam As-Syaukani di dalam Nail Al-Authar telah mengemukakan hadis tentang hukuman bagi penghina Rasulullah S.A.W. Hadis yang diriwayatkan oleh Amirul Mukminin Ali Bin Abi Thalib Radhiallahu’ Anhu sepertimana berikut:

أن يهودية كانت تشتم النبي صلى الله عليه وسلم وتفع فيه فخنقها رجل حتى ماتت فأبطل رسول الله صلى الله عليه وسلم دمها.

Yang bemaksud: Sesungguhnya terdapat seorang wanita Yahudi yang sering mencela dan mengejek-ejek Nabi S.A.W. (Oleh kerana perbuatannya itu), perempuan itu lalu dicekik sampai mati oleh seorang lelaki. Ternyata Rasulullah S.A.W. menghalalkan darahnya.

Sementara dalam kitab Ad-Durru Al-Mukhtar, mazhab Hanafi pada bab hokum mencaci Nabi-nabi dinyatakan:

Ibnu Sahnun Al-Maliki berkata:

أجمع المسلمون على أن شاتمه (أى شاتم النبي) كافر وحكمه القتل

Yang bermaksud: Bersepakat umat Islam (daripada Ulamak mereka) bahawa pencela dan penghina Nabi adalah kafir dan hukumnya adalah dibunuh.

Kesimpulan

Dalam penjelasan hadis, jelaslah kepada kita bahawa hukuman bagi penghina Nabi S.A.W ialah bunuh. Akan tetapi, hukuman ini tidak mampu dilaksanakan pada hari ini kerana kelemahan umat Islam diseluruh dunia. Hal ini menuntut kepada kaum Muslimin untuk bergabung tenaga bagi membentuk sebuah khilafah Islamiah yang telah dijatuhkan oleh golongan musuh Islam. Dengan adanya khilafah Islamiah ini, sudah tentu golongan kafir akan takut untuk merencanakan perancangan jahat mereka secara berleluasa. Maka, yang demikian menjadi kewajipan setiap individu umat Islam member saham dalam pembentukan khilafah ini, seandainya tidak, maka mereka berdosa.

Sesungguhnya Rasul yang kita cintai dan kenali bersama merupakan contoh ikutan terbaik yang memiliki ciri-ciri unggul lagi terpilih yang tidak langsung terdapat padanya cacat dan cela. Baginda merupakan suatu tuntutan yang wajar dan perlu di contohi bersama. Tetapi malangnya hari ini musuh-musuh Allah berani menghina Nabinya secara terang-terangan dan yang amat dikesali, penghinaan itu kekadang terkeluar dari lidah mereka yang mengaku umatnya. Oleh itu, kita hendaklah berperanan dalam membela dan mempertahankan Rasulullah S.A.W.

2 comments:

  1. jika ada kesilapan ejaan atau tulisan saya memohon maaf diatas kelemahan diri saya sendiri..sebarang komen dan pandangan amat dialu-alukan

    ReplyDelete