Wednesday, August 11, 2010

Ramadan...Ya Ramadan

Didahulukan dengan bulan rejab, sya'ban dan bulan ramadhan yang penuh keberkatan... sebagai persediaan umat islam untuk menerima bulan ramadan perlu menempuhi dua bulan itu bagi menambah keimanan kepada Allah SWT. keberkatan Rejab merupakan sebuah bulan yang banyak keistimewaannya yang dijanjikan oleh Allah S.W.T kepada umat-Nya, kerana Rejab adalah bulan Allah. Pintu rahmat terbuka luas kepada umat-Nya untuk bertaubat dan memohonampun di atas dosa-dosa yang lepas. Namun begitu, suka diingatkan bahawa kita perlu mengerjakan segala amalan yang dituntut ini dengan sifatikhlas, rendah diri dan tawwaduk agar ganjaran yang akan diperolehi ituada keberkatannya.
Justify Full
Peristiwa isra' Mikraj yang berlaku pada 27 Rejab mengikut pendapatsebahagian besar ulama' Islam. Ia adalah peristiwa di mana Rasulullah s.a.w. telah dijalankan dari Mekah ke Baitul Maqdis dan kemudiannya diangkat ke langit untuk bertemu Allah s.w.t. Di sinilah bermulanyakefardhuan solat lima waktu kepada umat Muhammad s.a.w.
Sabda Nabi s.a.w.: Bahawa kelebihan Rejab atas bulan-bulan yang lainnya seperti kelebihan Qur'an atas segala kalam. Kelebihan Sya'aban atas bulan-bulan yang lainnya seperti kelebihanku atas segala Anbia' (Nabi-nabi). Kelebihan Ramadhan atas bulan-bulan yang lain seperti kelebihan Allah atas sekelian makhlukNya.

Bulan Sya'aban, keagungan malamnya dengan Nisfu Sya'aban seperti keagungan Ramadhan dengan Lailatul Qadarnya. Maka pada malam Nisfu Sya'aban telah datang Jibril kepada Rasulullah s.a.w lalu katanya: Angkat kepalamu ke langit, itulah malam yang Allah padanya tiga ratus rahmat dan diampunkan Allah sekelian orang yang menyekutukan (syirik) denganNya sesuatu, kecuali: tukang nujum, kekal dalam zina, kekal minum arak, derhaka terhadap ibubapa.

Kelebihan bulan Ramadan dan keagungannya dengan adanya malam Lailatul Qadar yang dirahsiakan, sehingga mendapat keampunan dan pahala serta darjat dandarjah tertinggi bagi orang yang berjaya mendapatkan malam Lailatul Qadar dengan dipenuhi amal ibadah dan bertaqwa kepada Allah, disamping sembahyangnyayang sunat , istiqfar, tasbih dan berzikir sepenuhnya. Lailatul Qadar umpama bonus daripada Allah pada bulan ramadhan yang melebihi 1000 bulan..

Dua peristiwa besar dalam Islam yang berlaku pada 17Ramadan ialah nuzul al-Quran dan peperangan badar. Nuzul al-Quran dalam konteks ini ialah penurunan al-Quran buat kali yang pertama.

Perang Badar terjadi pada tahun ke-9 setelah hijrah di bulan Ramadhan.
Bagi kaum muslimin, perang Badar mempunyai arti sejarah tersendiri,
sebagai tonggak sejarah terpisahnya kubu Al-Haq dan kubu Al-Bathil.
Perang itu tepatnya terjadi tanggal 17 Ramadhan.

Friday, August 6, 2010

Buat Sahabat2 j-QAF

Suruhanjaya telah menetapkan kaedah perlantikan calon KPLI ke Jawatan PPPS. Kaedah-kaedah tersebut adalah seperti berikut:

1 . Calon lulus temuduga dan lulus KPLI dilantik ke jawatan PPPS Gred DG41 mulai tarikh
lapor diri berkhidmat, tertaklu...k kepada kekosongan jawatan dan memenuhi
syarat skim perkhidmatan PPPS Gred DG41...;

2. Calon gagal temuduga tetapi lulus KPLI dilantik sebagai PPPS DG41 Sementara selama saru(1) tahun. Dalam tempoh tersebut, calon akan dipanggil temuduga semula dan;

3.jika berjaya temuduga, akan dilantik ke jawatan tetap PPPS Gred DG41 selepas genap setahun berkhidmat dalam jawatan sementara;
jika gagal temuduga, perkhidmatan pegawai akan ditamatkan oleh SPP kecuali sekiranya Kementerian Pelajaran ...Malaysia masih memerlukan perkhidmatan pegawai itu;

4. Calon yang hadir tetapi tidak ditemuduga kerana tidak membawa dokumen lengkap yang ditetapkan dan lulus KPLI akan berkhidmat dahulu sebagai Guru Sandaran Terlatih (GST). Calon akan dipanggil temuduga semula dan sekiranya berjaya, terikh perlantikan tetap ke jawatan PPPS Gred DG41 adalah mulai tarikh arahan penempatan atau tarikh lapor diri, mana yang terkemudian.

Tuesday, July 27, 2010

Al-Quran atau al-Hadith yang menjadi nas kepada kaedah-kaedah Talaqqi-Musyafahah, Tasmi', Takrir dan Tadarus.

Membaca al-Quran merupakan satu ibadat yang diberi ganjaran pahala yang banyak. Dengan itu Allah s.w.t. telah menetapkan bagi setiap pembaca al-Quran beberapa garis panduan atau kaedah yang tertentu ketika membaca al-Quran sebagaimana firman-Nya:

وَرَتِّلِ الْقُرْءَانَ تَرْتِيْلا

Maksudnya: Bacalah al-Quran dengan tartil.

(Al-Muzammil: 4)

Ilmu pembelajaran membaca al-Quran berbeza dengan ilmu-ilmu yang lain. Al-Quran tidak dibolehkan mempelajarinya melalui mashaf tanpa mengambil bacaan dari guru-guru yang sanad bacaan mereka bertalian sampai kepada Rasulullah s.a.w. Antara kaedah pembelajaran al-Quran ialah secara Talaqqi-Musyafahah, Tasmi', Takrir dan Tadarus.

Di bawah ini adalah Dalil-dalil yang diambil dari Al-qur`an dan Hadis rasulullah (S.A.W.) sebagai bukti bagi menyokong kaedah-kaedah pembelajaran al-qur`an secara Talaqqi-musyafahah,Tasmi`,Takrir dan Tadarrus.

KAEDAH PERTAMA

Talaqqi-musyafahah.

Penurunan surah iqra’ kepada Nabi Muhammad S.A.W adalah dalil yang paling nyata bagaimana Jibril A.S mengajar Nabi Muhammad S.A.W secara talaqqi dan Musyafahah

فَإِذَا قَرَأْنَاهُ فَاتَّبِعْ قُرْءَانَهُ

Maksudnya : “ Oleh itu apabila kami telah menyempurnakan bacaannya (kepadamu dengan perantaraan Jibril) maka bacalah menurut bacaannya itu.”

(surah Iqra` ayat 1-5)

[ عن أنس بن مالك أن رسول الله قال لأبي: إن الله أمرني أن أقرأ عليك القرآن قال أبي: آلله سماني لك قال الله سماك لي فجعل أبي يبكي ]

رواه البخاري

Maksudnya: Daripada Anas Bin Malik bahawasanya Rasulullah s.a.w. telah berkata kepada Ubai: “ Sesungguhnya Allah menyuruhku membacakan Al-Quran padamu “ Ubai berkata: Adakah Allah memilihku dan menyebut namaku disisimu?. Jawab Nabi: “ Allah telah memilih dan menamakan kamu disisiku “ Maka Ubai pun menangis.

KAEDAH KEDUA:

Kaedah tTasmi`.

" وإذا قرئ القرءان فاستمعوا له وأنصتوا لعلكم ترحمون "

Maksudnya: “ Dan apabila dibacakan Al-Quran, maka dengarkanlah baik-baik, dan perhatikanlah dengan tenang agar kamu mendapat rahmat “

(Surah al- A’araf)

Nabi s.a.w. telah memperdengarkan (menyemak) bacaan al-Qurannya di hadapan Jibril a.s. pada setiap tahun sekali dalam bulan Ramadhan dan dua kali pada tahun kewafatannya. Tidak terhenti setakat itu sahaja, malah selepas itu pula Nabi s.a.w. mengkhususkan beberapa orang sahabat agar mempelajari bacaan al-Quran dengan cara yang lebih mendalam dan terperinci lagi sehingga mereka menjadi orang yang pakar di dalam bacaan itu. Hasilnya mereka telah menjadi tempat rujukan kepada sahabat yang lain dan juga para tabi'in selepasnya.

Mereka itu terdiri daripada Ubai bin Ka'ab, Abdullah bin Mas'ud, Zayd bin Tsabit, Abu Musa al-Asy'ari, Othman bin Affan, Ali bin Abu Talib, Abu Darda', Muath bin Jabal dan lain-lain lagi. Tidak cukup mereka disuruh belajar, tetapi juga setelah itu mereka dicuba dan diuji bacaan mereka dengan cara memperdengarkan bacaan kepada Nabi s.a.w.

Di ketika lain pula Rasulullah s.a.w. memperbetulkan bacaan para sahabat dengan cara memperdengarkan bacaannya sendiri kepada sahabat-sahabatnya, ini terbukti di dalam hadith. Sabda Rsulullah s.a.w. kepada Ubai bin Ka'ab:

يَا أبَا المُنْذِر إني أمرت أن أقْرَأ عَلَيْكَ الْقُرْءَانَ

Maksudnya: "Wahai Abu Munzir (Ubai bin Ka'ab) aku diperintahkan supaya membacakan al-Quran (memperdengarkan) bacaan al-Quran kepada engkau".

KAEDAH KETIGA

Kaedah Takrir.

عَنْ عَائِشَةَ أُمِّ المُؤْمِنِيْنَ أَنَّهَا قَالَتْ أَوَّلُ مَا بُدِىءَ بِهِ رَسُوْلُ اللهِ صلى الله عليه وسلَّم مِنَ الوَحْيِ الرُّؤْيَا الصَّالِحَةُ فِيْ النَّوْمِ فَكَانَ لاَ يَرَى رُؤْيًا إِلاَّ جَاءَتْ مِثْلَ فَلَقِ الصُّبْحِ ثُمَّ حُبِّبَ إِلَيْهِ الخَلاَءُ وَكَانَ يَخْلُوْ بِغَارِ حِرَاءٍ فَيَتَحَنَّثُ فِيْهِ وَهُوَ التَّعَبُّدُ اللَّيَالِيْ ذَوَاتِ العَدَدِ قَبْلَ أَنْ يَنْزِعَ إِلَى أَهْلِهِ وَيَتَزَوَّدُ لِذَلِكَ ثُمَّ يَرْجِعُ إِلَى خَدِيْجَةَ فَيَتَزَوَّدُ لِمِثْلِهَا حَتَّى جَاءَهِ الحَقُّ وَهُوَ فِيْ غَارِ حِرَاءٍ فَجَاءَهُ المَلَكُ فَقَالَ اِقْرَأْ قَالَ مَا أَنَا بِقَارِئٍ قَالَ فَأَخَذَنِيْ فَغَطَّنِيْ حَتَّى بَلَغَ مِنِّي الجَهْدُ ثُمَّ أَرْسَلَنِيْ فَقَالَ اِقْرَأْ قُلْتُ مَا أَنَا بِقَارِئٍ فَأَخَذَنِيْ فَغَطَّنِيْ الثَّانِيَةَ حَتَّى بَلَغَ مِنِّي الجَهْدُ ثُمَّ أَرْسَلَنِيْ فَقَالَ اِقْرَأْ فَقُلْتُ مَا أَنَا بِقَارِئٍ فَأَخَذَنِيْ فَغَطَّنِيْ الثَّالِثَةَ ثُمَّ أَرْسَلَنِيْ فَقَالَ اِقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِيْ خَلَقَ خَلَقَ الإِنْسَانَ مِنْ عَلَقٍ اِقْرَأْ وَرَبُّكَ الأَكْرَمُ... إلى آخر الحديث رَوَاهُ البُخَارِي

Maksudnya : Daripada Aishah Ummul Mu’minin r.a katanya : “Wahyu yang mula-mula turun kepada Rasulullah s.a.w ialah berupa mimpi baik waktu beliau tidur.Biasanya mimpi itu terlihat jelas oleh beliau seperti jelasnya cuaca pagi. Semenjak itu hati beliau tertarik hendak mengasingkan diri ke Gua Hira’ . Disitu beliau beribadat beberapa malam tidak pulang kerumah isterinya. Untuk itu beliau membawa bekalan secukupnya . Setelah bekalan habis beliau kembali kepada Khadijah untuk mengambil lagi bekalan secukupnya. Kemudian beliau kembali pula ke Gua Hira’ hingga ke suatu ketika dating kepadanya al Haq (kebenaran atau wahyu) iaitu sewaktu beliau masih berada di Gua Hira’ tersebut.malaikat dating kepadanya lalu katanya : “Bacalah!” Jawab Nabi : “Aku tidak pandai membaca” . Kata Nabi selanjutnya menceritakan “Aku ditarik dan dipeluknya sehingga aku merasa payah dan sukar” .Kemudian aku dilepaskannya dan disuruhnya pula membaca : “ Bacalah!” katanya .Jawabku : “Aku tidak pandai membaca” Aku ditarik dan dipeluknya pula sampai aku merasa payah dan sukar.Kemudian aku dilepaskannya dan disuruhnya pula membaca : “ Bacalah!” katanya .Jawabku : “Aku tidak pandai membaca” Aku ditarik dan dipeluknya untuk kali ketiga kemudian dilepaskannya seraya berkata :

اِقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِيْ خَلَقَ خَلَقَ الإِنْسَانَ مِنْ عَلَقٍ اِقْرَأْ وَرَبُّكَ الأَكْرَمُ

KAEDAH KEEMPAT

Kaedah Tadarrus

Rasulullah s.a.w. juga menyuruh dan menggalakkan kepada sesiapa sahaja yang ingin belajar al-Quran supaya belajar dengan guru yang mahir di dalam bacaan al-Quran. Ini difahamkan dari sabda Rasulullah s.a.w.:

خُذُوْاالقرءَان مِنْ أربعةٍ: مِنْ عبدالله بن مَسعُود وسالم ومُعَاذ وأُبَيْ بن كَعَب (رواه البخاري)

Di dalam sebuah hadith sahih, Nabi s.a.w. meminta agar Ibn Mas'ud memperdengarkan bacaan al-Quran kepada Baginda. Lantas Ibn Mas'ud membaca sehingga pada ayat 41, surah an-Nisa'.

فَكَيْفَ إِذَا جِـْـنَا مِنْ كُلِّ أُمَّةٍ بِشَهٍيْدٍ وَجِـْـنَا بِكَ عَلَى هَؤُلاَءِ شَهِيْدًا (٤۱)

Baginda bersabda cukuplah, maka Ibn Mas'ud menoleh kepada baginda Rasulullah. Dilihatnya Rasulullah menangis berlinang air matanya.

Rasulullah s.a.w memperdengarkan bacaan Qurannya dihadapan Jibril dari awal sampai ke akhirnya dengan bacaan yang elok, betul sebutan mkhrajnya,untuk menjadikan contoh bagi umatnya.

عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ كَانَ رَسُوْلُ اللهِ صلى الله عليه وسلَّم أَجْوَدَ النَّاسِ وَكَانَ أَجْوَدُ مَا يَكُوْنُ فِيْ رَمَضَانَ حِيْنَ يَلْقَاهُ جِبْرِيْلُ وَكَانَ يَلْقَاهُ فِيْ كُلِّ لَيْلَةٍ مِنْ رَمَضَانَ فَيُدَارِسُهُ القُرْآنَ فَلَرَسُوْلُ اللهِ اللهِ صلى الله عليه وسلَّم أَجْوَدُ بِالخَيْرِ مِنَ الرِّيْحِ المُرْسَلَةِ

Maksudnya : Daripada Ibnu Abbas r.a katanya : “Rasulullah s.a.w adalah seorang yang amat pemurah dan terlebih pemurah ketika bulan Ramadhan iaitu ketika Jibril datang menemuinya .Kebiasannya Jibril datang menemui Nabi pada tiap-tiap malam dalam bulan Ramadhan dan kedua-duanya bertadarus Al Quran.Sesungguhnya Rasulullah lebih bersifat pemurah daripada murahnya hembusan angin.”

(Rawiyat al-Bukhari)

Aktiviti tutorial

Soalan 1

Pilih mana-mana tiga kaedah pengajaran dan pembelajaran Al-Quran di atas dan kemukakan kelebihan dan kelemahan setiap kaedah tersebut serta bincangkan cara-cara mengatasinya.

Talaqqi Mushafahah

Kelabihan

a) Kaedah ini murid-murid dapat membaca Al-Quran dihadapan guru secara bersemuka dan dapat memerhati contoh bacaan daripada guru kemidian di ikuti oleh pelajar.

b) Kaedah ini merupakan kaedah yang pertama berlaku keatas junjungan besar Nabi Muhammad (SAW) semasa Jibril menyampaikan wahyu keatas baginda. Ketika itu Nabi Muhammad (SAW) memerhati cara bacaan dari Jibril kemudian nabi membacanya, begitulah seterusnya nabi menyampaikan pula kepada sahabat-sahabatnya.

c) Murid-murid dapat menyebut huruf mengikut makhraj yang betul serta bacaan mengikut tajwid.

d) Murid-murid dapat menunpukan perhatian yang sepenuhnya apa yang diajar atau disebut oleh guru kerana kaedah ini berlaku didalam kelompok kecil.

Kelemahan

a) Murid yang kurang aktif atau lemah dalam meguasai bacaan akan tercicir jika di bandingkan dengan yang aktif dan dapat menguasai.

b) Guru perlu memberi penumpuan yang sepenuhya ketika mrid-murid membaca dan segera membetulkan jika berlaku kesalahan.

c) Peruntukan masa yang singkat ketika murid membaca dihadapan guru,ini menimbulkan masalah kepada murid-murid yang kurang menguasai bacaan dan sebutan huruf hijaiyah.

Cara-cara mengatasinya

a) Bentuk satu kumpulan seramai 6 orang murid yang mana 3 murid dapat menguasai huruf hijaiyah dan 3 lagi lemah dalam menguasai huruf hijaiyah. Ketika murid barada dihadapan guru untuk membaca, murid yang cerdas mambantu murid yang lemah.

b) Sebelum memulakan pengajaran dan pembelajaran, guru hendaklah menayangkan carta huruf hijaiyah dengan menggunakan kad imbasan, sambil menyebut dan diikuti oleh murid. Dengan cara ini ianya dapat membantu murid-murid untuk mengikuti kembali huruf tersebut.

c) Guru hendaklah sentiasa menyebut huruf yang ada persamaan dari segi bunyi, contohnya: س dan ث disamping itu murid hendaklah memerhati gerakan bibir guru sambil menyebut huruf tersebut secara individu dan kumpulan.

Tasmik

Kelebihan

a) Dengan kaedah ini guru dapat mengesan kesalahan bacaan murid-murid serta dapat memperbetulkan bacaan secara individu dan kumpulan.

b) Guru dapat mendisiplinkan murid-murid dari segi bacaan yang betul mengikut hukum-hukum tajwid dan juga tanda-tanda bacaan.

c) Guru dapat menerangkan kepada murid-murid tentang kesalahan bacaan dari segi tajwid.

d) Guru dapat memperkenalkan hukum-hukum tajwid kepada murid dalam ayat yang dibaca.

Kelemahan

a) Kaedah ini sesuai untuk murid-murid membaca ayat tilawah dan hafazan, ianya tidak sesuai untuk bacaan.

b) Ketika guru sedang mendengar bacaan ayat tilawah dan hafazan daripada seorang murid, maka murid-murid yang lain tidak memberi penumpuan yang sepenuhnya dalam pembacaan mereka.

Cara mengatasinya

a) Ketika guru sedang mentasmik’ salah seorang murid, guru hendaklah menyediakan lembaran kerja yang ringkas kepada murid-murid lain untuk mengelakkan daripada berlaku kebisingan. Contohnya : Cantumkan huruf

Tadarus

Kelebihan

a) Murid-murid dapat berada dalam satu jemaah dan saling membantu diantara satu sama lain.

b) Murid-murid dapat memberanikan diri ketika membaca didalam kumpulan mereka.

c) Murid yang fasih dalam bacaan membimbing pelajar yang lemah. Contoh : Ajar mengeja dan membaca.

Kelemahan

a) Guru tidak dapat memberi penumpuan sepenuhnya jika berlaku kesalahan dalam bacaan murid-murid tersebut kerana adakalanya kaedah ini dibaca secara beramai-ranai dalam halaqat dan adakalanya dibaca secara bergilir-gilir.

b) Pelajar yang fasih dalam bacaan akan merasa boring kerana ada segelintir pelajar yang lemah perlu bimbingan daripada pelajar tadi. Contohnya bacaa surah Al-Fatihah.

Cara mengatasi

a) Sebelum mengagihkan murid kepada kumpulan tertentu, guru hendaklah membaca ayat tilawah beberapa kali dengan suara yang nyaring sambil diikuti oleh murid.

b) Guru hendaklah memuji dan memilih beberapa orang pelajar yang baik dalam bacaan Al-Fatihah supaya menjadi pembimbing dalam halaqat.

LELAKI PILIHAN MUSLIMAH

  • Taat kepada Allah dan Rasul-Nya.
  • Mempunyai ilmu pengetahuan agama.
  • Bekerja menyeru manusia kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran.
  • Mempunyai sifat berjuang mencapai kecemerlangan dalam hidup.
  • Sentiasa membersihkan dirinya daripada sebarang kemungkaran.
  • Selalu bertaubat dan memperbanyakan amalansunat.
  • Tidak takut kepada cercaan orang yang suka mencela.
  • Mengetahui dan faham serta mengamalkan segala kewajipannya dengan baik.
  • Bersifat lapang dada, penyantun dan pemaaf.
  • Jika ia berkahwin, dia dapat melayan isteri dengan baik kerana sebaik-baik suami adalah suami yang paling baik terhadap isterinya.