Friday, August 6, 2010

Buat Sahabat2 j-QAF

Suruhanjaya telah menetapkan kaedah perlantikan calon KPLI ke Jawatan PPPS. Kaedah-kaedah tersebut adalah seperti berikut:

1 . Calon lulus temuduga dan lulus KPLI dilantik ke jawatan PPPS Gred DG41 mulai tarikh
lapor diri berkhidmat, tertaklu...k kepada kekosongan jawatan dan memenuhi
syarat skim perkhidmatan PPPS Gred DG41...;

2. Calon gagal temuduga tetapi lulus KPLI dilantik sebagai PPPS DG41 Sementara selama saru(1) tahun. Dalam tempoh tersebut, calon akan dipanggil temuduga semula dan;

3.jika berjaya temuduga, akan dilantik ke jawatan tetap PPPS Gred DG41 selepas genap setahun berkhidmat dalam jawatan sementara;
jika gagal temuduga, perkhidmatan pegawai akan ditamatkan oleh SPP kecuali sekiranya Kementerian Pelajaran ...Malaysia masih memerlukan perkhidmatan pegawai itu;

4. Calon yang hadir tetapi tidak ditemuduga kerana tidak membawa dokumen lengkap yang ditetapkan dan lulus KPLI akan berkhidmat dahulu sebagai Guru Sandaran Terlatih (GST). Calon akan dipanggil temuduga semula dan sekiranya berjaya, terikh perlantikan tetap ke jawatan PPPS Gred DG41 adalah mulai tarikh arahan penempatan atau tarikh lapor diri, mana yang terkemudian.

1 comment:

  1. kpada semua sahabat jqaf di sabah... surat posting sdh ada di SPIM.. cuma ust esibi cakap... spim sdng tunggu senarai lulus SPP dr SPP untuk kuar surat kita... posting tetap 16 HB... senarai tu spttnya sampai hr ni.. tp spim blum trima apa2...

    ReplyDelete