Tuesday, October 23, 2012

Selamat Hari Raya Eid Adha



Labbaik Allahumma Labbaik. 
Labbaik, La Shareek Laka, Laka.
 Labbaik. Innal Hamdah, 
Wal Nematah, Laka Wal Mulk, 
La Shareek Laka Lababaik.



   Selamat Menyambut Hari Raya Eid Adha dan Menjalani Ibadah Qurban.


Sunday, October 21, 2012

Ingatan Buat Semua


Bersabarlah wahai diri dlm mnghadapi ujian, kerana dunia ni bukanlah tempat balasan. Jika ia adalah tempt balasan sudah tentulah kemiskinan akan dijadikan kayu ukur kebencian Tuhan & kaya menjadi indikator kasih sayang & ihsanNya... Berapa ramai di kalangan yang sakit & mati dlm keadaan dadanya menyimpan hasrat yang gagal diperolehi kerana kedudukannya yg tak terpandang di sisi manusia walhal dia adalah wali daripda wali2 Nya.. Apapun kedudukan kita.. Berbaik sangkalah dengan Allah

~~ Ustaz Zahazan Mohamed

Saturday, October 20, 2012

Kisah Si Botak, Si Sopak dan Si Buta...




Sayydina Abu Hurairah meriwayatkan bahawa beliau mendengar Nabi Muhammad bersabda:

"Sesungguhnya, di kalangan kaum Bani Israil ada tiga orang lelaki, seorang sopak, seorang botak dan seorang lagi buta. Allah hendak menguji mereka lalu Allah menghantar malaikat berjumpa mereka. malaikat itu pergi menemui si sopak lalu bertanya, 'Apakah yang kamu ingini?' Dijawab oleh si sopak itu, 'Warna kulit yang bagus, kulit yang bersih dan hendaknya sembuhlah penyakit ini yang menyebabkan orang jijik kepada saya.' Malaikat itu pun mengusap kulitnya lalu hilanglah penyakit itu daripada tubuhnya dan digantikan oleh Allah dengan warna yang baik dan kulit yang bagus. Malaikat itu bertanya lagi, 'harta yang bagaimanakah yang kamu ingini?' Dijawab oleh orang itu, 'Unta'. Dia kemudiannya diberi unta yang bunting. Kemudian, malaikat itu berkata, 'Semoga Allah memberkati unta ini untukmu.'

Kemudian malaikat itu pergi menemui si botak dan berkata, 'Apakah yang kamu ingini?' Dijawab oleh si botak, "Rambut yang bagus dan hendaknya hilang-hilang apa-apa yang menyebabkan orang jijik memandang saya.' malaikat itu pun mengusapnya, lalu lenyaplah botak itu daripada kepalanya dan dia dikurniai rambut yang cantik. Malaikat itu bertanya lagi, 'harta yang bagaimanakah yang kamu ingini?' Dijawab oleh orang itu, 'Lembu'. Dia kemudian diberi lembu yang bunting. kemudian, malaikat itu berkata, 'Semoga Allah memberkati lembu ini untukmu.'

Terakhir, malaikat itu pergi menemui si buta dan berkata, 'Apakah yang kamu ingini?' Si buta menjawab, "saya mahu Allah mengembalikan penglihatan saya sehingga saya dapat melihat semua orang.' Malaikat itu pun mengusapnya, lalu Allah mengembalikan penglihatannya. Malaikat itu bertanya lagi, "harta yang bagaimanakah yang kamu ingini?' Dijawab oleh orang itu, 'kambing'. Dia kemudian diberi kambing yang bunting. kemudian malaikat itu berkata, 'Semoga Allah memberkati kambing ini untukmu.'

Unta dan lembu itu melahirkan anak-anaknya, kambing itu pun melahirkan anak-anaknya. Si sopak mempunyai satu lembah yang penuh unta. Si botak mempunyai satu lembah yang penuh lembu. Si buta mempunyai satu lembah yang penuh kambing.

Malaikat itu kemudiannya berjumpa dengan si sopak, tampil dengan wajah seperti orang sopak yang hina dina. Kata malaikat itu, "saya orang miskin dalam perjalanan. Saya tidak mempunyai sebrang sumber rezeki. Hanya Allah yang dapat menyampaikan hajat saya hari ini, dan dengan pertolongan tuan juga. Atas nama Allah yang mengurniakan pada tuan warna yang baik dan kulit yang bagus dan harta yang banyak, sudilah tuan membantu keperluan saya dalam perjalanan ini." 

Si sopak itu menjawab, "keperluan saya pun masih banyak lagi." Malaikat itu berkata lagi, "Saya seperti kenal kamu. Bukankah kamu dahulu sakit sopak, sehingga semua orang jijik kepadamu? Bukankah kamu dahulu miskin , kemudian Allah mengurniakan harta kepadamu?". Dijawab oleh si sopak, "Semua harta ini saya warisi daripada datuk nenek saya dan mereka mewarisinya daripada datuk nenek mereka." Kata malaikat itu lagi, "Apabila kamu berdusta dengan apa yang kamu lakukan, Allah akan kembalikanmu kepada keadaan yang asal." 

Malaikat itu pergi menemui si botak, tampil dengan wajah seperti orang botak yang hina dina. kemudian dia berkata sebagaimana dia berkata-kata kepada si sopak, tetapi si botak itu pun menolak permintaannya, seperti halnya dengan si sopak dahulu. Akhirnya malaikat itu berkata, "Apabila kamu berdusta dengan apa yang kamu katakan, Allah akan kembalikan kamu kepada keadaanmu yang asal."

Malaikat itu kemudian pergi berjumpa si buta, tampil dengan wajah seperti orang buta yang menyedihkan. Kata malaikat itu, "Saya orang miskin dalam perjalanan. Saya tidak mempunyai sebarang sumber rezeki. Hanya Allah yang dapat menyampaikan hajat saya hari ini dan dengan pertolonggan tuan juga. Atas nama Allah yang mengembalikan penglihatan tuan, berilah saya seekor kambing untuk kegunaan saya, supaya tercapailah tujuan saya dalam perjalanan ini." Orang itu berkata, "saya dahulu buta, kemudian Allah memulihkan penglihatan saya, maka sebab itu ambillah mana-mana kambing yang tuan mahu dan tinggalkanlah mana-mana yang tuan tidak mahu. Demi Allah, hari ini saya tidak akan menyusahkan urusan tuan dengan apa yang tuan ambil semata-mata bagi mendapatkan keredaan Allah, Tuhan Yang Maha Kuat lagi Maha Perkasa."

Malaikat itu menjawab, "Simpanlah hartamu, sebab sebenarnya kamu semua diuji, kemudian Allah reda dengan dirimu dan murka kepada dua orang sahabatmu."

(Hadith riwayat Bukhori dan Muslim)

perkongsian dari Saudara Fadhli Ahmat

Friday, October 19, 2012

JANGAN TUNGGU

1. Jangan tunggu sehingga tatkala ingin kasih sayang seseorang barulah tahu berkorban.

2. Jangan tunggu sehingga tatkala keseorangan baru teringat para sahabat.

3. Jangan tunggu sehingga tatkala dah ada pangkat baru nak berusaha bekerja.

4. Jangan tunggu sehingga tatkala menemui kegagalan baru nak teringat nasihat orang lain.

5. Jangan tunggu sehingga tatkala kesakitan baru teringat badan kita ini rapuh.

6. Jangan tunggu sehingga tatkala berpisah baru tahu menghayati hubungan yang ada.

7. Jangan tunggu sehingga tatkala kepujian datang baru tahu mempercayai diri sendiri.

8. Jangan tunggu sehingga tatkala ditegur/dimarah baru sedar kesilapan diri sendiri.

9. Jangan tunggu sehingga tatkala kaya-raya baru ingin membantu mereka yang miskin.

10. Jangan tunggu sehingga tatkala ajal datang baru tahu mencintai masa yang diberi Allah

di muka bumi ini.


Thursday, September 20, 2012

SYAWAL

- Keharmonian Syawal -

Syahdu pagi syawal...
kedengaran kicauan burung...
seolah-olah turut sama bertakbir, bertahmid...
memuji kebesaran pencipta semesta alam...

Pagi yang hening ini...
aku sujud mensyukuri rahmat ilahi...
diatas kurniaan kepada hamba-hambanya...

Kedengaran...
suara yang sungguh indah..
menggamit hati jua jiwa yang kerdil ini...
Itulah suara takbir memuji ilahi,
kunjung mengunjung sudah menjadi tradisi...
maaf bermaafan sesama insani...
menghapus dosa yang kian lama bersarang
dalam hati sanubari...

Di hari yang mulia ini...
marilah kita menghisab amalan diri sendiri...
agar bersemadi keinsafan dalam jiwa...
bertaubatlah daripada segala dosa dan noda..

Sedarlah...
wahai insani...
kita hidup hanya sekali...
banyakkanlah amalan sebagai bekalan
di Hari Pengadilan...


SeLaMaT HaRi RaYa AiDiLFiTRi
MaaF ZaHiR & BaTiN
(FIRDAUS83: SALAM JEJAK FIRDAUSI)

RASULULLAH


Ya Rasulullah....
Kelahiran diri Mu sangat dinanti-nantikan...
Oleh umat manusia dizaman itu,
Agar dapat menyinari kehidupan mereka,
Yang hidup di lorong-lorong kesesatan dan kejahatan.
Kehadiran Mu....di ketika itu,
Memadam kejahilan umat,
Mengangkat martabat kaum hawa,
Yang dijadikan boneka ,
Di zaman kegelapan jahiliah.
Ya Rasulullah....
Tak tergambar kemuliaan akhlak Mu,
Tak terbalas segala jasa dan pengorbanan Mu,
Tak ternilai ketulusan dan keikhlasan hati Mu
Diri Mu....
Adalah semulia-mulia manusia,
Membawa risalah Allah ke muka dunia,
Biar perit ....biar pedih...
Namun Kau tempuh jua..
Kini....
Kau telah pergi,
Pusaka zaman -berzaman yang Engkau tinggalkan,
Al-Qur an dan As-Sunnah sebagai pegangan,
Agar umat Mu tidakkan sesat,
Hingga hari Pengadilan.
KREDIT TO; FIRDAUSI83.(SALAM JEJAK FIRDAUSI)

Wednesday, September 19, 2012

MUKMIN SEJATI


JIWA MUKMIN SEJATI: 
Jiwa yang bergantung dengan Allah, setiap kali dia ditimpa kesusahan perkara yang pertama dan pantas menerpa ke jantung sanubarinya ialah pertolongan Allah; harapan dan pergantungan kepada Allah, doa, sujud, solat, rintihan di kesunyian malam, istighfar dan seumpamanya yang membolehkan Allah mendengar rintihannya. Teringatlah dia akan firman Allah yang menggambarkan keagungan kekuasaanNya: (maksudnya)

“Siapakah yang dapat menyahut orang yang dalam kemudaratan, tatkala dia berdoa kepadaNya, serta Dia menghilang keburukan?!”. (Surah al-Naml: ayat 62).( DR.MAZA)