Thursday, July 22, 2010

Mengapa Umat Islam Lemah Hari Ini?

Aku masih teringat lagi kata seorang Ustaz yang memberi Tazkirah Magrib di madrasah kampung aku ada memberitahu bahawa Yusuf al-Qardhawi menegaskan umat Islam lemah kerana bahu antara jemaah ketika solat tidak rapat antara satu sama lain.


Bila aku balik ke rumah aku terfikir sejenak dan cuba mengaitkan dengan Sabda Nabi Muhammad saw. mafhumnya: melarang para sahabat berjemaah dimasjid jika memakan bawang, hukum makruh kerana menjadikan badan dan mulut berbau (busuk) yang tidak menyenangkan jemaah yang lain. dalam Sabda nabi saw yang lain menjelas kan bahawa sunat ke masjid memakai bau-bauan yang wangi.

Setelah diamati aku cuba membuat kesimpulan bahawa kata-kata Yusuf al-Qardhawi berkait dengan Hadis Nabi Muhammad saw. Tegasnya disini bahawa bahu antara jemaah tidak rapat mungkin disebabkan ketidak selesaan jemaah ekoran badan atau pakaian yang berbau menjadi umat Islam lemah.....

MARILAH KITA SAMA-SAMA RENUNGKAN..

ALLAH YANG LEBIH MENGETAHUI

No comments:

Post a Comment