Saturday, July 24, 2010

PEMILIHAN CALON ISTERI

Pengenalan

Sebelum membina rumah tangga memilih jodoh atau pasangan merupakan persediaan kepada perkahwinan. Dalam Islam kaedah pemilihan jodoh menetapkan panduan bagi memastikan rumah tangga yang dibina bahagia dan mendapat redha Allah SWT. Hidup didunia mahu bahagia dan akhirat mahu selamat.


Firman Allah S.W.T.

“Maha suci Allah yang menjadikan kejadian semua berpasangan dari sesuatu yang tumbuh di bumi, dari mereka (manusia) dan dari sesuatu yang mereka tiada mengetahui.”

(Yaasin: 36)

Berdasar daripada pengertian firman Allah jelaslah bahawa perkahwinan merupakan ikatan yang suci yang perlu dipertahan sehingga ke akhir hayat. Pelbagai tanggunjawab yang perlu dipikul bagi menguruskan kehidupan berumah tangga selari dengan syarak. Di dalam Islam menetapkan panduan untuk hidup berumah tangga bagi memilih jodoh atau pasangan.

Pemilihan calon isteri

Sabda Rasullah SAW:

تنكح المرأة لأربع لمالها ولحسبها ولجمالها ولدينها فاظفر بذات الدين تربت يداك.

Maksudnya: dikahwini akan perempuan itu kerana empat perkara: hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah dari kalangan mereka yang beragama nescaya kamu akan selamat.

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Berdasarkan Hadis tersebut di mana Pemilihan calon isteri sebaik-sebaiknya mempunyai empat perkara yang berikut:

-Agama

-Keturunan

-Kecantikan

-Harta

Jika calon seorang isteri itu mempunyai keempat-empat kriteria berikut lazimnya akan hidup menikmati kebahagiaan dan selamat dalam membina keluarga yang mendapat keRedhaan Allah SWT.

Sekiranya kriteria berikut tidaklah diperolehi pada calon isteri maka mestilah memilih yang mempunyai pegangan agama Islam yang kuat akan menjamin kebahagian berumahtangga.

Antara criteria yang lain perlu dilihat pada calon isteri:

-Anak dara

-Berakhlak mulia (perangai)

-Keturunan yang ramai anak. Sabda Nabi SAW:

تزوجوا الولود الودود فاني مكاثر بكم الأمم.……

Maksudnya: ……kamu kahwinilah wanita-wanita yang subur dan pengasih kerana sesungguhnya aku bangga dengan umat yang ramai.

(Riwayat Abu Daud)

-perempuan yang tiada pertalian yang dekat.

RUJUKAN

Tazkirah TGNA bertajuk Jodoh

JAKIM.2008. Memasuki Gerbang Perkahwinan.Ed. Kedua.Putrajaya

http://jalanakhirat.wordpress.com

No comments:

Post a Comment